Wednesday, March 29, 2017

REFLEKSI DIRI

melalui kelas dinamika, aku belajar banyak benda. benda yang bagi aku, aku takkan dapat dekat tempat lain. walaupun benda yang kami belajar nampak simple, tapi sebenarnya memberi impak yang besar. bagi sesiapa yang tak masuk matrik, mesti korang tertanya-tanya kan? apa yang kami belajar? dekat sekolah tak de pon subjek ni. dinamika lain daripada subjek-subjek lain. dan bagi aku, cikgu-cikgu dinamika ni kreatif sebab setiap sesi, aktiviti yang dijalankan tak sama.

untuk batch aku, aku amik dinamika ni waktu semester 2. tugasan pertama kami adalah untuk membuat video mengenai diri kami. antara maklumat yang perlu ada adalah latar belakang, visi misi, analogi diri dan peristiwa yang membawa perubahan dalam diri kami. jujur aku cakap pada mulanya aku tak tau nak cakap pasal apa. berhari-hari jugakla aku fikir. analogi apa yang sesuai dengan diri aku, peristiwa apa yang membawa perubahan pada diri aku? bagi aku tugasan ni susah. penat aku nak kena fikir. hahaha.. tapi akhirnya aku jumpa diri aku dalam tugasan ni.
aku biasa bercakap depan orang ramai, jadi bagi aku nak buat video ni macam tak de masalah sangat laa sebab buat video ni tak de ramai orang pon yang tengok kita time recording. TAPI, rupa-rupanya lagi susah, sebab bila kita play recording kita tu, baru kita dapat tengok sendiri ekspresi muka kita tu macam mana. sumpah lawak. aku ni dah la pelat huruf 's'. lagi laa kelakar. tapi alhamdulillah, aku dapat siapkan jugak tugasan ni ;)

kelas minggu berikutnya kami belajar mengenai protokol. rupanya protokol ni susah jugak. dulu masa dekat sekolah, ikut tradisi. senior dulu-dulu gantung bendera Malaysia sebelah kanan pentas, bendera negeri sebelah kiri pentas, kami yang junior ni main ikot je. tak tau pulak memang protokol nya macam tu. susunan kedudukan vip, tempat pengacara majlis, tempat berucap semua tu, baru sekarang aku tahu. setelah belajar semua ni, kami pun mendapat tugasan untuk membuat satu kempen dan buat majlis pelancaran kempen kami mengikut protokol yang betul.

dalam tugasan ni, rakan sekelas aku melantik aku sebagai pengarah projek. seriously ini bukan lah satu tugasan yang mudah. masa ni, aku betul-betul belajar cara untuk mengawal emosi, perasaan dan keadaan. baru aku sedar, aku ni baran jugak sebenarnya. hahah aku rasa aku kena mintak maaf dengan kawan sekelas aku sebab kadang-kadang atau mungkin selalu tinggi suara atau buat diorang terasa sepanjang menjayakan projek ni. susah sebenarnya nak handle walaupun dalam tutor aku ada 7 orang je. kami buat kempen 'selfishkah aku'. nak fikir tajuk ni pon susah dia lain macam. semua orang sumbang idea masing-masing and finally kitorang came up with the idea nak buat tajuk tu.

haa ni muka depan projek kitorang. tu semua barisa kru-kru aku..

nak buat majlis pelancaran tu pon satu hal jugak. kitorang buat rehearsal dua kali kott sebab nak buat bagi clear tak nak sangkut-sangkut. tapi at last, berterabur jugak. hahaha tapi kat sini aku akui memang tutormates aku cooperate sangat-sangat. thanks korang, aku sayang korang. sebagai pengarah projek, aku kena berucap tau, time majlis tu. alhamdulillah, aku rasa aku yakin dengan ucapan aku. sebab sebelum ni, ucapan aku merapu je, tak de arah tuju. tapi sekarang ni, aku dah tau apa yang patut ada dalam sesebuah ucapan. dan aku bersyukur sekali lagi sebab comment cikgu dekat projek kitorang sangat positif, sampaikan cikgu kata cikgu rasa sebak sebab terharu. cikgu kata cikgu tak sangka kitorang akan buat sebaik tu. ye laa kitorang pulun kot buat benda tu. dengan gamelan, semua ada. aku pon seronok sangat sebab berjaya sempurnakan tugas ni.



kat atas ni aku tengah buat ucapan masa majlis pelancaran kempen kitorang.
tugasan kitorang yang berikutnya adalah membuat pengucapan awam. tajuk yang aku buat adalah tips menghadiri temuduga. seriously, aku ada banyak sangat point yang aku nak cakap. tapi, aku lupa satu benda. PENGURUSAN MASA. aku lebih masa. sepatutnya ucapan aku dalam lingkungan 5-7 minit sahaja. tapi aku menghapiri 9 minit. sampai berkali-kali jugak la cikgu bunyikan loceng.aku tak pandai handle keadaan masa tu. menurut cikgu, aku sepatutnya berhenti apabila sudah sampai masa yang ditetapkan. tak perlu pun aku habiskan kesemua slide aku. cuba bayangkan, kalau kita pergi ceramah yang sepatutnya 30 minit tapi si penceramah lebih 15 minit? tu pon kita dah tak senang duduk. betul tak? itulah perumpamaan yang cikgu bagi. betol jugak.. kalau ceramah tu 30 minit, selalunya tak sampai 25 minit lagi dah tak senang duduk. aku rasa bkan aku sorang je... korang pon sama kan?



banyak sangat yang aku belajar dalam kelas dinamika nii..

1 comment:

  1. done... huraian yang menarik dan terperinci...cm awasi tanda baca dear... teruskan menulis.. congratz

    ReplyDelete