Wednesday, March 29, 2017

TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA



memandangkan pelajar matrikulasi tinggal beberapa hari sahaja lagi dekat matriks sebelum melangkah ke alam university, maka saya nak bagi sedikit tips. tips apa? haaa mesti semua tertany-tanya. Saya nak bagi tips menghadiri temuduga. kenapa saya nak bagi tips ini adalah kerana seperti yang kita tahu, terdapat beberapa university yang kita pilih dalam upu yang memerlukan kita untuk menghadiri temuduga. tambahan pula untuk melayakkan kita mendapatkan biasiswa, kita perlulah lulus dalam temuduga. jadi, saya nak tekankan dekat sini yang temuduga adalah sangat penting untuk melayakkan kita untuk mendapatkan tempat di university dan mendapat biasiswa.


haaa tengok gambar dekat atas ni mesti rasa cuak sikit kannn huhu...
jadi, jom kita start share some tips. antara perkara yang saya nak tekankan disini adalah mengenai penampilan diri. dalam penampilan diri, terdapat dua komponen yang sangatpenting dan ingin saya tekankan iaitu pemakaian dan make-up.

bagi aspek pemakaian, saya akan terangkan mengenai pemakaian lelaki terlebih dahulu.

bagi lelaki, anda perlu menunjukkan yang anda itu segak bergaya. pakaian yang paling sesuai tidaklain dan tidak bukan ialah kemeja. NAMUN! kemeja yang anda pakai bukan lah kemeja bercorak bunga-bungaan konon konon mat jambu jiwang karat marat semua tu. kemeja yang anda pakai perlulah kemeja yang kosong dan pemilihan warna amatlah penting. saya galakkan jejaka tampan di luar sana untuk memilih warna yang agak lembut seperti biru muda, ungu muda dan sebagai nya untuk dipadankan dengan tali leher yang berwarna lebih gelap. tali leher yang sesuai adalah tali leher yang bercorak. elakkan memakai tali leher yang kosong kerana kemeja yang anda pakai sudah kosong kerana ini akan menampakkan anda sangat 'plain'. seluar pula seeloknya berwarna gelap seperti hitam, coklat dan biru tua. dan, warna seluar perllah dipadankan dengan stokin. kebanyakan kita melakukan kesilapan dengan memadankan warna stokin dengan kasut. ini adalah salah! keran kasut sepatutnya dipadankan dengan tali pinggang.


seterusnya, bagi perempuan. haaaa....... mesti dalam fikiran anda semua nak pakai baju kurung kain cotton bercorak bunga kecil kecil masa interview nanti kan? kononnya nak bagi nampak ayu gitu. akak oiiii kita ni bukannya nak cari jodoh, kita ni nak pergi dapatkan tempat diuniversity, nak dapat biasiswa. jadi, apa yang penting adalah kita kena tonjolkan diri kita. tunjukkan yang kita ini berkaliber, berketrampilan dan berdaya saing. antara pakaian yang sesuai adalah kemeja, blous dan baju kurung. minimize kan corak pada baju. seterusnya, pemilihan tudung. sekiranya baju yang dipakai sudah bercorak, maka tudung seeloknya kosong. begitu jugalah sekiranya baju kosong, maka tudung adalah bercorak. saya galakkan akak kat luar sana untuk memakai tudung yang bercorak abstrak, bukannya corak bunga. seterusnya, bilangan pin dan kerongsang yang sesuai adalah tiga, iaitu 2 bersaiz sekecil jari kelingking, dan satu bersaiz sebesar ibu jari. elakkan memakai kerongsang yang bergantungan. Aksesori tambahan amat penting seperti beg tangan, jam tangan dan gelang tangan. aksesori merupakan alat yang dapat menaikkan lagi self esteem.

ok! tutup cerita pasal  pakaian. sekarang kita cerita mengenai make-up pula.



 lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu memakai make-up. No Compromise. tapi, jangan la over pulak. bagi lelaki, anda perlulah memakai sedikit bedak dan lipbalm. ini adalah untuk mengelakkan anda daripada kelihatan pucat dan tidak menarik. bagi perempuan pula, memadai hanya memakai bedak, lipstick dan eyeliner. lipstick ye, bukan lipgloss mahupun lipbalm. anda tidak perlulah memakai eyeshadow blusher semua tu, kita bukannya nak pergi berparty pon.. huhu eyeliner tu sangat penting sebenarnya. percayalah, kerana mata anda akan nampak lebih menaik dan lebih elegant.

ini sahaja yang dapat saya kongsikan, semoga bermanfaat kepada semua pembaca. dan, semoga kita semua berjaya dalam temuduga masing-masing. GAMBATTE ! byee



2 comments:

  1. done...blh masukkan aspek lain..seperti persediaan dokumen... persediaan mental dan fizikal k..

    ReplyDelete
  2. done...blh masukkan aspek lain..seperti persediaan dokumen... persediaan mental dan fizikal k..

    ReplyDelete